Koleksi Ramadan, Aidilfitri versatil

Koleksi Ramadan, Aidilfitri versatil

Set seluar rona hijau direka bagi memudahkan peralihan gaya dari siang ke malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebanyakan wanita di negara ini cenderung berpenampilan sopan setiap kali Ramadan.

Selain busana longgar dan selesa, ada juga yang memilih untuk bertudung demi mengekalkan kesopanan sepanjang bulan mulia ini.

Bagi memenuhi keperluan itu, jenama fesyen berpangkalan di London, COS memperkenalkan koleksi edisi terhadnya sempena Ramadan 2026.

Koleksi ini menampilkan sembilan helaian yang terdiri daripada set skirt, seluar dan gaun kelawar dengan potongan minimalis namun versatil serta moden.

Setiap helaian boleh digayakan bersama atau dipadankan secara berasingan mengikut cita rasa si pemakai.

Lebih menarik, rekaannya turut memberi tumpuan kepada keselesaan dan kebebasan pergerakan, sekali gus sesuai untuk ke pejabat atau ketika bersantai bersama yang tersayang.

Malah, ia juga praktikal dipakai pada waktu malam termasuk ketika menghadiri majlis berbuka puasa.

Hadir dalam rona lembut dan neutral, koleksi ini menampilkan lipatan halus yang membalut tubuh dengan aliran anggun.

Manakala gaun berlengan kelawar pula memberikan keseimbangan yang lebih dinamik, sekali gus menambah sentuhan moden pada setiap rekaan.

Menambah keunikan koleksi ini, motif bunga anemone lukisan tangan turut dicetak pada set skirt labuh rona peach yang dipadankan dengan skarf senada.

Selain itu, COS turut memperluaskan penawarannya menerusi pilihan khas sempena Aidilfitri.

Rekaannya bersifat klasik dan tidak lapuk dek zaman, selari dengan prinsip teras jenama tersebut.

Antara yang menonjol ialah gaun linen labuh berlipat hingga ke lantai dan set berstruktur dengan potongan double-breasted yang digayakan dengan elegan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN