Kempen ‘Planta: Susudu Penuh Kebaikan’ hidupkan semangat Ramadan - Utusan Malaysia

Kempen ‘Planta: Susudu Penuh Kebaikan’ hidupkan semangat Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Planta kembali menghidupkan semangat Ramadan tahun ini dengan kempen menarik bertajuk ‘Sesudu Penuh Kebaikan’, yang menekankan erti perkongsian dan kepedulian dalam cara yang mudah tetapi penuh makna.

Kempen ini diperkenalkan dalam majlis pra-Ramadan yang santai tetapi sarat dengan pengisian berasaskan kulinari, dengan tetamu bukan sekadar diperkenalkan dengan produk, malah diajak untuk menghayati makna kebaikan melalui pengalaman rasa.

Antara tarikan utama ialah Planta Taste Lab Experience, ruang interaktif yang memberi peluang kepada para tetamu meneroka keunikan produk terbaru, Planta Nutri-Buttery.

Di sini, pengunjung boleh menguji deria rasa, bau dan tekstur melalui hidangan yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan.

Tetamu bergerak dari satu stesen ke stesen lain, mencuba dan memadankan pelbagai hidangan yang diolah menggunakan Nutri-Buttery, sambil menghayati konsep bahawa kebaikan bermula daripada pilihan kecil di dapur yang akhirnya memberi kesan lebih besar kepada orang sekeliling.

Satu daripada hidangan yang mencuri perhatian ialah kek marble mentega. Dipotong rapi, kek ini memancarkan aroma mentega yang harum, dengan tekstur lembut dan jaluran coklat seimbang.

Rasanya lemak berkrim namun tidak terlalu manis, sesuai dinikmati ketika berbuka atau sebagai pencuci mulut selepas solat terawih.

Tidak kurang menariknya, martabak ayam mini yang disajikan panas-panas turut menjadi kegemaran tetamu. Inti ayam berempah sederhana dibalut lapisan luar yang garing, dipadankan dengan jeruk bawang merah yang memberikan rasa segar dan sedikit masam manis, menghasilkan kombinasi tekstur dan rasa yang menyelerakan.

Hidangan ini membuktikan Nutri-Buttery bukan sahaja mudah digunakan, malah mampu menyerlahkan rasa hidangan dengan lebih menarik.

Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh Flora Food Group, Inura Jayasuriya, menjelaskan kempen ini lahir daripada keyakinan setiap kebaikan, walaupun sekecil mana pun, tetap membawa makna.

Menurut beliau, perubahan besar sering bermula daripada tindakan harian yang kelihatan ringkas.

“Apabila kita memilih untuk berkongsi, walaupun sekadar melalui hidangan di meja makan, kesannya boleh dirasai lebih luas,” katanya pada majlis pelancaran kempen di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau menekankan Ramadan adalah masa terbaik untuk menyemai budaya memberi dan memperkukuh hubungan sesama insan.

Seiring itu, kempen ‘Sesudu Penuh Kebaikan’ diperluas melalui pelbagai program komuniti.

Planta bekerjasama dengan rakan strategik dan badan kebajikan untuk memastikan manfaat yang disalurkan sampai kepada golongan yang memerlukan. Antaranya termasuk menyumbang bekalan produk Planta selama setahun kepada beberapa rumah kebajikan, membantu penyediaan makanan harian penghuni serta meringankan kos operasi mereka.

Langkah ini menegaskan komitmen jenama untuk menjadikan kebaikan sebagai amalan berterusan, bukan hanya sekadar bersifat bermusim.

Melalui gabungan pengalaman rasa yang sedap dan inisiatif komuniti yang menyentuh hati, kempen ini mengajak masyarakat menyedari bahawa sesudu kebaikan mampu mencetuskan perubahan lebih besar di sekeliling kita.

Menjelang Ramadan, usaha menyatukan pengalaman kulinari dan program kebajikan ini memberi dimensi baharu kepada makna menikmati hidangan iaitu bukan sahaja sedap di lidah, tetapi juga menyentuh nilai empati dan kebersamaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN