PALET lembut sering dikaitkan dengan rasa tenang, selamat dan keindahan yang muncul perlahan-lahan. Konsep ini menjadi taruhan jenama Thalia dalam koleksi Aidilfitri 2026 X Dayah Bakar yang bertemakan Seperti Dahulu. Pereka fesyen dan pengasas bersamanya, Muhd. Firdaus Ahmad Kamal berkata, warna-warna lembut itu diterjemahkan melalui fabrik bercetak dengan motif bunga bersaiz kecil hingga sederhana. Ia menyuntik aura vintaj dan tak lapuk dek zaman. “Kami banyak bermain dengan rona merah jambu…










