HAMAM atau mandi wap tradisional merupakan sebahagian daripada rahsia kecantikan wanita Asia Barat yang diamalkan sejak berabad lamanya. Ia bukan sekadar membersihkan tubuh, malah menyingkirkan sel-sel kulit mati sekali gus menjadikannya lebih lembut, mulus dan berseri. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Spa Jelita Malaysia, Datin Seri Wahinah Haroon Rasheed berkata, rutin kecantikan itu juga membantu melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan memberikan ketenangan. Katanya, hamam menggabungkan penggunaan wap, haba dan…










