Yam mamuang pla kapong tarikan di White n Black Royale Thai

Yam mamuang pla kapong tarikan di White n Black Royale Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masakan Thailand sudah sinonim dengan kebanyakan rakyat di negara ini berikutan keunikan dan kelazatan sajiannya.

Namun, tidak banyak restoran yang benar-benar mengekalkan keaslian resipi tradisional.

Justeru, pembukaan White n Black Royale Thai di Eco Semenyih memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati cita rasa autentik dari negara berkenaan.

Outlet keenam di bawah kumpulan MFJ Group Holdings Sdn. Bhd. mengetengahkan konsep masakan premium sebagai tarikan utamanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Firdaus Jamaluddin berkata, keistimewaan White n Black Royale Thai terletak pada keaslian resipi yang dibawa terus dari Thailand.

Malah, restoran ini turut memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kami menghantar cef ke Thailand bagi mempelajari teknik dan kaedah masakan asli.

“Resipi tersebut kemudian dibawa masuk ke Malaysia tanpa mengorbankan identiti asal dari segi rasa, namun tetap mematuhi keperluan halal,” katanya baru-baru ini.

Restoran ini menyediakan lebih 80 jenis menu dengan yang istimewa ialah yam mamuang pla kapong iaitu, ikan siakap rangup digabungkan dengan kerabu mangga segar.

Rasa masam manis sajian ini pasti memukau pengunjung untuk datang menikmatinya berulang kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN