MOTIF smocking menjadi pilihan pereka muda ini bagi menggambarkan sisik naga dalam koleksinya, The Legend Dragon of Kinabalu. Nuri Maisarah Nelisa Abdul Kafi berkata, elemen itu memberikan tekstur dan dimensi yang unik pada permukaan fabrik. Katanya, motif dijahit tangan sepenuhnya sebagai simbol ketelitian dan nilai warisan kraftangan tradisional. “Proses ini mengambil masa yang sangat panjang kerana kesemua empat rekaan disiapkan sendiri tanpa bantuan mesin khas. “Ia menuntut ketelitian, kesabaran dan…










