ALZHEIMER sering dikaitkan dengan warga emas, namun hakikatnya penyakit ini juga boleh menyerang golongan muda yang masih aktif bekerja dan memikul tanggungjawab keluarga. Faktor genetik dikenal pasti sebagai antara pencetus paling kuat kepada Alzheimer usia muda atau young onset Alzheimer dementia, sekali gus menjadikan penyakit ini bukan lagi sekadar isu penuaan semula jadi. Pakar Perunding Psikiatri, Dr. Wan Izwin Najla Wan Hassan berkata, individu yang mempunyai ibu atau bapa menghidap…










