MALAM itu di bawah cahaya lampu redup, bayang-bayang mula menari di sebalik kelir putih. Irama gendang ibu bergema, serunai beralun dan suara dalang menghidupkan watak Etong, Ekeng atau Pak Tam, Seniman Nunoi, Aito dan Tok Maha Guru. Watak-watak ini sudah berpuluh tahun menjadi nadi Wayang Kulit Gedek di bumi utara dan sebahagian daripada identiti masyarakat di Kedah yang membesar dengan Wayang Kulit Sri Asun dahulu. Begitulah keindahan wayang kulit, satu…










