Tekad, berani buahkan hasil

Tekad, berani buahkan hasil

M. KUMAR pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN pernah menjadi jurutera dan merupakan sebahagian pasukan pengasas projek kereta nasional kedua Malaysia, individu ini tekad meningglkan kerjaya korporat bagi mengejar impian menubuhkan kilang kenderaan sendiri.

Pengasas GVT Sdn. Bhd. (Go Auto) Wan Ahmad Wan Omar sanggup mengetepikan risiko besar demi bergelar usahawan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia automotif, langkahnya berhasil sehingga Go Auto berjaya mengeluarkan hampir 10,000 van, bas dan trak petrol, diesel bahkan kenderaan elektrik (EV).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terkini, dia fokus membangunkan EV selari dengan aspirasi hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Hampir 80 peratus daripada komponen kenderaan yang di­siapkan di kilang kami memiliki komponen yang dibuat di Malaysia.

“Lebih menarik, van komersial EV keluaran kami adalah yang pertama dihasilkan oleh syarikat bumiputera dan bukan sekadar prototaip malah ia telah digunakan di lapangan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Syarikat tersebut bukan sahaja menguasai pasaran domestik tetapi beliau telah berjaya membawa syarikatnya ke pentas antarabangsa dengan projek eksport kereta bugi EV ke Amerika Syarikat, lengkap dengan teknologi seperti sistem solar, GPS, kamera undur, TV dan sistem telematik.

Selain itu, syarikatnya juga telah dilantik sebagai rakan pemasangan dan pengedar bagi dua jenama kenderaan komersial terbesar China, iaitu Yutong dan Higer.

Bukan itu sahaja, syarikatnya juga menjadi pengedar untuk produk Sky Train dan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan teknikal syarikat tempatan.

Di samping itu, Go Auto turut menjadi pembekal kenderaan kepada pelanggan institusi dan korporat utama seperti Prasarana Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad serta beberapa agensi kerajaan dan organisasi swasta lain.

Sepanjang perjalanan kerjayanya itu, Wan Ahmad yang merupakan anak didik mentor usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman itu tidak hanya memfokuskan kepada angka jualan atau teknologi semata-mata, tetapi lebih mengamalkan elemen keberkatan dalam perniagaannya.

Lebih diutamakan adalah pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan dan antaranya adalah mewakafkan lebih 20 buah van jenazah kepada masjid dan surau di samping sumbangan tahunan 2,000 kampit beras kepada golongan memerlukan.

Terbaharu, usahawan ini mewakafkan kereta bugi EV sebagai tanda kesyukuran untuk kegunaan sebuah madrasah di Sungai Petani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini