Di sebuah bengkel kecil di Kulim, Kedah, aroma manis halwa maskat yang dimasak memenuhi ruang. Di sinilah Maslina Muhamad Muktar dan suaminya, Rostam Abu Seman meneruskan warisan keluarga yang hampir empat dekad usianya. Manisan tradisional yang pernah menjadi kegemaran generasi lama itu cuba diangkat semula agar tidak ditelan masa. Bagi Maslina, halwa maskat bukan sekadar produk, tetapi amanah yang ditinggalkan oleh arwah bapa mentua yang mengusahakannya selama 30 tahun. Perjalanan…










