Sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Kisah epik pemerintah legenda Kelantan pada abad ke-17, Cik Siti Wan Kembang kini diangkat dalam teater muzikal berjudul Paduka Cik Siti. Naskhah arahan sutradara, Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini menampilkan penyanyi, Asmidar Ahmad sebagai pelakon utama bersama Dr. Norzizi Zulkifli sebagai Seri Banun. Menurut Che Kem, karya ini mahu menonjolkan tema keberanian, pengorbanan dan kasih sayang seorang pemimpin wanita yang…










