Bisikan biru lembut

Bisikan biru lembut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada sesuatu yang istimewa tentang China blue, kerana rona ini melambangkan kelembutan, ketenangan dan tidak pernah memaksa perhatian.

Minggu ini, rona biru itu berbicara melalui jenama tempatan, Thea.

Dalam koleksi terbaharunya, An Ode to China Blue, jenama ini mengetengahkan warna biru China sebagai nadi utama.

Satu tona klasik yang membawa ketenangan, keanggunan dan sentuhan warisan halus ke dalam setiap rekaan.

Empat rekaan utamanya iaitu Delia, Airis, Wardah dan Khadeeja, semuanya membawa personaliti tersendiri, seolah-olah empat sahabat yang duduk semeja sambil berkongsi cerita tentang gaya, warisan dan keyakinan.

Delia ialah kurung moden yang bersih, rapi dan memikat dengan sulaman halus.

Potongannya polos tetapi tetap mewah.

Untuk gaya harian, padankan Delia dengan subang mutiara kecil dan kasut slingback nude.

Jika mahu ke kenduri, naikkan seri dengan sanggul kemas dan clutch hitam berstruktur.

Airis ialah gadis klasik yang tahu inovasi itu kawan baik tradisi. Dengan panel hadapan boleh tanggal dan korset belakang boleh laras, Airis sangat memanjakan bentuk badan wanita Malaysia yang pelbagai.

Gayakan dengan rantai pendek emas atau kerongsang perak nyonya untuk vibe malar segar.

Jika mahu lebih playful, pilih tudung satin biru lembut. Biarkan China blue itu menari perlahan di sekitar wajah anda.

Wardah ialah jiwa biru dalam koleksi ini. Siluetnya tenang, lembut, sedikit meleret dan ada aura wanita yang tahu kehendak diri.

Wardah paling cantik dengan aksesori minimalis seperti gelang nipis, anting-anting kecil dan beg anyaman moden untuk sentuhan desa-bandar.

Bagi peminat warna lembut, pilihlah tudung sifon putih susu. Kalau mahu bold, pilih tudung biru gelap untuk pantulan tona yang lebih dalam.

Khadeeja pula ialah wanita moden yang menghargai struktur. Bahunya jatuh, potongannya lurus dan kemas, dengan butang snap yang memudahkan pergerakan.

Gayakan dengan kain batik geometri untuk kontras atau kain polos sutera untuk vibe lebih metropolitan.

Untuk wanita bertubuh tinggi, Khadeeja menyerlahkan elegan semula jadi.

Untuk yang petite, padankan dengan tumit tinggi bertali untuk ilusi kaki yang panjang.

Di setiap helaian ini, China blue tidak pernah mendesak perhatian. Ia bernafas perlahan, meresap dan akhirnya membuat orang tertanya bagaimana anda kelihatan begitu tenang hari ini.

Itulah kuasa warna yang tidak memaksa tetapi tetap diingati. Macam Thea sendiri, tidak pernah perlu menjerit, namun tetap mencipta ruang dalam hati pemakainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN