Tunai umrah, haji sambil naik bot di Laut Merah

Tunai umrah, haji sambil naik bot di Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menunaikan haji dan umrah serta peluang melihat Kaabah secara dekat sememangnya menjadi impian umat Islam di seluruh dunia.

Apatah lagi, jika berkesempatan melawat ke destinasi bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah di samping meneroka pengalaman menarik dengan menaiki bot di Laut Merah, Arab Saudi.

Menurut Pengarah Urusan Alam Shah Travel & Tours, Mohd. Zahid Saaizan, pakej tersebut disediakan khas untuk jemaah haji dan umrah di bawah syarikat berkenaan.

Ia secara tidak langsung memberi nilai tambah bagi yang ingin merasai pengalaman spiritual disertai lawatan bersejarah dan alam semula jadi.

“Selain menunaikan ibadah di Tanah Suci, jemaah juga berpeluang melawat ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah serta menikmati suasana Laut Merah yang menjadi antara tarikan utama di Arab Saudi,” katanya.

Menerusi inisiatif berkonsepkan ibadah dan rekreasi itu, jemaah bukan sahaja dapat melihat pemandangan bandar Jeddah daripada perspektif berbeza, bahkan menenangkan minda.

Pakej tersebut turut merangkumi penginapan selesa, bimbingan ibadah oleh mutawwif berpengalaman serta jadual lawatan ke lokasi-lokasi bersejarah seperti Gua Hira’, Bukit Uhud, Masjid Quba, dan kawasan sekitar Laut Merah.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid menjangkakan peningkatan kepada 300 hingga 350 jemaah pada tahun ini dengan harga pakej bermula RM44,900 berbanding tahun lepas sekitar 100 orang.

Walaupun jumlah kuota tertakluk kepada peruntukan Tabung Haji, pihaknya optimis dapat memanfaatkan sepenuhnya kuota sedia ada, termasuk bagi jemaah rayuan.

Mohd. Zahid menjelaskan persediaan logistik sudah diatur untuk menampung sehingga 500 jemaah, sekiranya kuota tambahan diluluskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN