Masalah rabun atau gangguan refraksi (masalah pembiasan cahaya dalam mata) kini muncul sebagai isu kesihatan awam yang semakin serius, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pada usia awal persekolahan, perkembangan penglihatan memainkan peranan besar dalam proses pembelajaran. Justeru, gangguan penglihatan bukan sahaja menjejaskan prestasi akademik, malah boleh mempengaruhi perkembangan kognitif, kematangan sosial dan potensi masa hadapan generasi muda. Di peringkat global, statistik menunjukkan peningkatan mendadak masalah rabun jauh atau miopia. Pada 2000,…










