Bagi penggemar buku yang mencari ‘lubuk bacaan’ tanpa perlu berbelanja besar, ruangan Santai minggu ini menawarkan lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi. Semestinya mesra bajet buat para pengunjung, terutamanya di sekitar Lembah Klang. Perpustakaan Raja Tun Uda Perpustakaan yang terletak di Shah Alam, Selangor ini mempunyai keluasan 203,600 kaki persegi berkonsepkan ruang ilmu yang mengharmonikan alam semula jadi dan reka bentuk moden. Pengunjung dapat menikmati pemandangan di tepi tasik sambil membaca mahupun…