Terima lesen PJH selepas sembilan tahun operasi umrah - Utusan Malaysia

Terima lesen PJH selepas sembilan tahun operasi umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam dunia keusahawanan, kejayaan tidak datang sekelip mata, ia menuntut kesabaran, kecekalan dan keyakinan terhadap setiap langkah yang diatur. 

Begitu juga perjalanan yang dilalui pengasas Qashwa Travel Sdn. Bhd., Nabil Deraman.

Setelah hampir sembilan tahun terlibat dalam industri pelancongan mesra Muslim, akhirnya syarikat yang diterajuinya menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1447H.

Katanya, lesen PJH itu menjadi lambang kepercayaan dan tanggungjawab untuk memimpin tetamu Allah menuju ke Tanah Suci dengan penuh amanah dan kasih.

“Kami bersedia menawarkan pakej yang bertanggungjawab dalam menyantuni dan membimbing bakal tetamu Allah bagi musim haji akan datang,” katanya pada Majlis Serahan Lesen PJH musim haji 1447H, baru-baru ini.

Qashwa Travel menyasarkan sekurang-kurangnya 50 jemaah pertama untuk musim haji akan datang, dengan perkhidmatan yang menekankan bimbingan rohani serta pengurusan profesional.

Menurut Nabil, proses kelulusan lesen bukan mudah kerana melibatkan kriteria ketat Tabung Haji (TH) termasuk rekod perkhidmatan umrah yang cemerlang dan bebas aduan.

“Menguruskan haji tidak sama dengan umrah, ia menuntut pengalaman, disiplin dan kecekapan menyeluruh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN