Kadang-kadang susah untuk wanita di Malaysia tampil sporty tetapi masih kekal sopan.
Cuaca panas dan lembap di negara ini tidak mengizinkan untuk memakai pakaian tebal atau berlapis-lapis.
Modest sporty look ni sebenarnya tentang keseimbangan.
Selesa tapi masih bergaya, sopan dan tidak nampak terlalu formal.
Ia gaya yang membolehkan seseorang bergerak aktif ke mana-mana.
Dari kelas, ke gim, mahupun kafe tanpa perlu menukar pakaian.
Minggu ini saya kongsikan koleksi sporty yang memang tengah hype iaitu set Windy daripada jenama tempatan yang makin digilai ramai, Proper Hijab.
Rekaannya memang kena dengan cuaca tropika kita, ringan, selesa dan nampak effortlessly chic.
Potongannya juga longgar, berlapik penuh dan materialnya diperbuat daripada lightweight woven nylon yang tidak panas.
Memang sesuai untuk perempuan aktif yang mahu bergaya tanpa rasa rimas.
Kalau tengok pada siluetnya, ia beri ilusi ramping tapi masih sopan.
Yang paling best, ia bukan set sukan semata-mata.

Koleksi ini boleh dipakai untuk berjalan di pusat beli-belah, melepak dengan kawan atau minum kopi di kafe hipster sambil rasa yakin dengan gaya sendiri.
Warna-warnanya pula lembut, senang digayakan dan boleh masuk dengan hampir semua tudung dalam koleksi anda.
Mahu gaya yang lebih sporty tapi masih feminin? Cuba padankan set Windy dengan sneakers putih.
Nampak kasual tapi tetap ada aura hijabista. Kalau nak lebih gaya jalanan, pilih chunky sneakers dengan warna pastel lembut, bagi vibe muda dan santai.
Untuk tudung pula, shawl instant atau tudung bawal satin matte lembut dan senada membuatkan keseluruhan gaya nampak lebih kemas serta minimal.
Dari segi aksesori, rahsianya jangan berlebihan.
Satu jam tangan sukan, beg crossbody kecil dan cermin mata hitam retro sudah cukup untuk menaikkan keseluruhan penampilan.
Kalau mahu tambah statement, boleh juga lilit topi bucket warna neutral.
Terus nampak macam bintang K-drama membeli latte di Itaewon.

Bahkan, set ni tidak ketat dan melekap, jadi sesuai untuk semua bentuk badan.
Boleh bergerak bebas, bergaya dengan yakin dan masih sopan.
Yang saya suka tentang rekaan Proper Hijab ni ialah mereka faham wanita moden sekarang tidak mahu berkompromi antara keselesaan dan gaya.
Wanita inginkan pakaian yang boleh dibawa dari pagi ke petang, tanpa perlu menukar pakaian.
Potongan longgar tapi tidak sloppy, fabrik ringan yang nampak premium.
Santai tapi ada kelas, sporty tapi tetap manis.
Jadi kalau anda tengah mencari gaya yang buat orang menoleh dua kali tapi masih bersahaja, set Windy memang pilihan tepat.
Proper Hijab berjaya menangkap semangat gadis moden Malaysia.
Aktif, yakin dan tidak takut untuk tampil sederhana dengan penuh gaya.










