SAMBUTAN Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan kali keenam yang berlangsung di Madrasah Ihya’ Ulumuddin (MIU), Kampung Berangan, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini, bukan sekadar acara keraian semata-mata, tetapi bukti nyata peranan pondok sebagai benteng masyarakat, pencetus cinta rasul serta pemangkin semangat cintakan watan. Lebih 1,000 penduduk dari Kampung Berangan, Lepah, Jenerih, Banggol Pak Esah, Banggol Setol dan Sungai Durian hadir memeriahkan perarakan penuh warna-warni sejauh dua kilometer sambil berselawat…










