Rai pencapaian luar biasa rantau Asia

Rai pencapaian luar biasa rantau Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sebuah platform pengiktirafan bertaraf antarabangsa, The Asia Records dilancarkan bagi meraikan pencapaian luar biasa individu dan organisasi di rantau ini.
Platform setanding Guinness World Records ini bertujuan mendokumentasi kejayaan dalam pelbagai bidang seperti seni, sukan, sains dan khidmat masyarakat.
Pengasasnya, Datuk KK Chua berkata, inisiatif itu diharap dapat mencetuskan inspirasi dan membina semangat persaingan sihat dalam kalangan penduduk Asia yang memiliki potensi besar untuk menyerlah di peringkat global.
Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Penasihat The Asia Records, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek baru-baru ini.
Tunku Fauzi berkata, kejayaan dan pencapaian rakyat Asia perlu direkod serta diraikan agar tidak hilang ditelan masa.
Dalam masa sama, ia dapat menjadi rujukan serta sumber kebanggaan kepada generasi akan datang.
“Terdapat pelbagai pencapaian baharu di Asia, sama ada dalam talian mahupun luar talian, tetapi belum mendapat perhatian global,” katanya.
“Justeru, sudah tiba masanya kita menyimpan dan mengiktiraf rekod kita sebagai rakyat Asia yang telah mencapai begitu banyak kejayaan dan mungkin nanti, World Records akan lebih mengiktiraf kita dengan pencapaian yang membanggakan di peringkat dunia,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN