Nostalgia The Flinstones ke dunia fesyen moden

Nostalgia The Flinstones ke dunia fesyen moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YABBA-dabba-doo! Ungkapan ikonik ini pasti mengingatkan kita kepada keluarga paling popular dari bandar Bedrock, The Flintstones.

Bagi generasi yang membesar di era 80-an dan 90-an, kartun ini bukan sekadar hiburan tetapi membawa kita ke dunia zaman batu yang penuh imaginasi.

Bayangkan, kereta tanpa enjin yang digerakkan dengan kaki, rumah daripada batu manakala haiwan pula digunakan sebagai peralatan di kediaman.

Tidak ketinggalan gelak tawa Fred, Wilma dan Pebbles bersama jiran mereka yang lucu, Barney dan Betty Rubble.

Kini, suasana warna-warni dunia Bedrock itu dihidupkan semula dalam gaya moden menerusi koleksi, Carlo Rino x The Flintstones.

Koleksi edisi terhad ini menampilkan beg tangan, dompet, kasut sukan dan pakaian.

Istimewanya, ia diinspirasikan daripada watak serta motif ikonik seperti Dino dan batu kerikil Bedrock. 

Material yang digunakan pula terdiri daripada gabungan suede lembut, kulit sintetik tahan lama dan kemasan kulit asli.

Rekaan ini sekali gus memberikan keseimbangan di antara keseronokan dan keselesaan.

Dari segi palet warna pula ia diilhamkan daripada animasi asal lantas memberikan sentuhan hangat dan ceria.

Pendekatan ini membuktikan yang ikon klasik kekal abadi dalam dunia fesyen moden.

Beg kamera

Jenama kontemporari tempatan ini turut memperkenalkan dua lagi koleksi baharunya.

Koleksi itu ialah siri beg kamera ShutterPop dan The Interlace yang diraikan sebagai lambang ekspresi diri serta seni berfesyen sepanjang tahun.

Rekaan ShutterPop diinspirasikan daripada bentuk kamera klasik.

Ia menonjolkan gaya berani dengan reka bentuk padat serta kemasan emas berkilau. 

Siri ini hadir dalam rona maroon dan hitam, manakala saiz mini pula berwarna perak menambah sentuhan moden serta versatil.

Siri The Interlace pula meraikan keanggunan abadi dengan corak papan dam pastel pada beg tangan, tote, silang dan dompet sepadan. 

Diperbuat daripada kanvas bersalut dengan perincian halus, koleksi ini mudah digayakan dari siang hingga malam.

Bahkan, ia merupakan pilihan sempurna sama ada ketika bersantai di hujung minggu mahupun menghadiri acara malam penuh glamor.

 

Minyak wangi

Carlo Rino memperluaskan sentuhan sofistikatednya ke dunia haruman melalui koleksi eau de parfum.

Rangkaian minyak wangi ini meraikan keanggunan, keperibadian dan seni ekspresi diri.

Musim ini, tiga haruman baharu diperkenalkan iaitu spring, rose dan in love.

Spring memberi sentuhan segar musim bunga dengan gabungan bunga ringan, kehijauan semula jadi dan buah-buahan berkilau.

Rose menyerlahkan feminiti abadi melalui haruman mawar dan iris yang lembut serta romantik.

In love pula memikat dengan nota pear, bayu laut dan melati, sekali gus mencipta jejak keharuman yang romantik dan mempesona.

Setiap haruman bukan sekadar melengkapkan detik, tetapi suasana dan emosi sempurna bagi setiap kisah wanita moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN