KEHIDUPAN pesakit kanser sering digambarkan penuh kesedihan, keperitan dan pengakhiran yang suram. Seolah-olah tiada apa yang boleh dilakukan dan hanya menghitung waktu menunggu ajal tiba. Namun, berbeza buat Mahani Kassim, 62, yang menyifatkan detik itu sebagai permulaan baharu dalam hidupnya. Pejuang kanser payudara merangkap Presiden Pink Unity ini disahkan menghidap kanser payudara triple negatif (TNBC) pada 2016. TNBC merupakan jenis kanser yang agresif dan sukar dirawat berbanding jenis lain. Tetapi,…