Kasut bola selesa, laju

Kasut bola selesa, laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Skechers memulakan era baharu dalam dunia bola sepak dengan pelancaran rangkaian kasut bola sepak yang menampilkan Skechers Football CTRL Pack.
Koleksi tersebut merangkumi empat barisan kasut bola yang berbeza dan direka bagi memenuhi keperluan pemain dari semua peringkat, termasuk pemain muda.
Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang berkata, bola sepak lebih daripada sekadar sukan dan ia adalah bahasa sejagat yang menyatukan manusia di seluruh dunia.
Menurutnya, di Skechers, mereka berbangga membawa semangat itu ke dalam permainan melalui kasut berprestasi tinggi yang direka untuk memperkasa pemain di setiap peringkat.
“Pada majlis ini kami melancarkan Skechers Football CTRL Pack dan turut menampilkan model baharu iaitu SKX 2 dan Razor.
“Kasut bola ini direka untuk memberikan gabungan sempurna antara keselesaan, kelajuan dan keyakinan, sekali gus sesuai untuk setiap gaya permainan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran koleksi tersebut baru-baru ini.
Pada majlis pelancaran tersebut, dua pemain Liga Super Malaysia, Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal Lau turut diperkenalkan sebagai atlet Skechers, menyertai Safuwan Baharudin yang sebelum ini mewakili jenama itu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN