Kamal Adli tidak hadir mahkamah, sebutan kes cerai dengan Uqasha ditangguh

Kamal Adli tidak hadir mahkamah, sebutan kes cerai dengan Uqasha ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili pelakon, Uqasha Senrose iaitu Nurfarhana Abd Manaf memaklumkan prosiding perceraian pertama pasangan selebriti itu ditangguhkan pada 28 Oktober.

Menurut Nurfarhana, keputusan itu dibuat susulan pelakon, Kamal Adli, gagal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

“Alhamdulillah Uqasha sendiri hadir seawal pukul 9 pagi hari ini dan pihak defendan, tidak hadir tetapi diwakili penguam syarie Abdul Hadi Mohamad Saleh.

“Jadi disebabkan ketidak hadiran pihak defendan hari ini, kes tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditangguh kepada tarikh yang akan datang iaitu minggu depan 28 Oktober,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Nurfahana, pihak Kamal Adli maklum akan prosiding hari ini namun tidak hadir kerana mungkin sibuk menjalani penggambaran.

Sementara itu Nurfarhana, berkata prosiding pada minggu depan bertujuan untuk mengesahkan sama ada pihak defendan bersetuju atau tidak dengan tuntutan anak guamnya.

Nurfarhana juga mengesahkan anak guamannya memfailkan lafaz cerai pada 1 Oktober lalu atas sebab tiada persefahaman.

Terdahulu rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN