“MEMANGLAH teruja menyusuri laluan pergunungan kerana panorama yang sangat cantik tapi risikonya juga tinggi. “Sepanjang jalan ada gaung dengan sesetengah kawasan tiada penghadang tepi. Hanya keberanian dan semangat tinggi membolehkan cabaran ini ditempuhi dengan selamat.” Itu yang diceritakan Presiden Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Kuala Lumpur, Datuk Azman Maat ketika berkongsi pengalamannya mengembara dengan motosikal di tiga negara Eropah, baru-baru ini. Dia bersama 17 penunggang dan pembonceng lain kesemuanya dari Malaysia…