OBSES untuk cantik mendorong ramai wanita muda berlumba-lumba mendapatkan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU). Rata-ratanya mahukan wajah tampak runcing dan tegang sekelip mata, tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Dr. Syairah Nadia berkata, rawatan HIFU sebenarnya lebih sesuai untuk individu berusia 30 tahun ke atas. Terutama mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur dan hilang keanjalan. “Bagi yang di bawah usia tersebut, kulit masih mempunyai keanjalan semula jadi…