Pejam celik, sudah lebih dua tahun surau kami, Surau Muwafaqah di Taman Melawati, Fasa 6 melakukan Qunut Nazilah dalam solat Subuh untuk rakyat Palestin yang berterusan dihenyak dan dizalimi rejim haram Zionis. Terbaharu, saya menambah dalam Qunut Nazilah kami doa penghilang lapar. Ertinya: Ya Allah! Mereka sedang kelaparan, maka kenyangkan mereka! Itu antara doa yang pernah baginda Rasulullah SAW baca ketika keluar ke medan perang Badar. Waktu itu, keadaan umat…










