Ratu sepanjang hayat

Ratu sepanjang hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak kecil kita dibesarkan dengan cerita dongeng tentang puteri yang menunggu pangeran, gaun putih berkibar-kibar dan hari bahagia bergelar raja sehari.

Tetapi bila tiba giliran sendiri, barulah kita sedar, memilih busana pengantin bukan sekadar soal cantik di kamera.

Ia soal hati dan diri yang mahu tampil anggun di hari tersebut.

Ada yang mengimpikan seperti Ratu Victoria dengan gaun sarat renda dan tidak kurang juga yang mahukan potongan minimalis ringkas tetapi memukau.

Kadang-kadang, kita terperangkap di antara dua dunia, iaitu klasik yang abadi dan minimalis moden. Siapa kata kita hanya perlu memilih satu sahaja?

Inilah yang membuatkan saya terpikat dengan koleksi Seru keluaran jenama Tujoh Kuntom.

Koleksi ini seakan menjawab doa semua pengantin yang inginkan gaya minimalis bertemu klasik.

Busananya bukan sekadar potongan fabrik, tetapi seolah-olah helaian doa yang dijahit dengan penuh kasih, setiap sulam goyang tangan yang bukan sekadar hiasan, tetapi sarat dengan warisan.

Ambil saja rekaan Sunandha yang menjadi nadi dalam koleksi ini. Tenun broked mewah, bertekstur halus dan jatuh teratur.

Potongan klasik tetapi ditambah selempang sisir inspirasi pusaka diraja Thailand, memberi rasa elegan tanpa berlebihan.

Warna putih emas dan hitam emas pula seakan melambangkan dua sisi wanita yang lembut pada pandangan tetapi teguh di dalam jiwa.

Tips gaya? Jangan takut untuk padankan dengan aksesori minimalis seperti anting-anting mutiara kecil atau selendang polos satin.

Kemudian ada pula rekaan Mayang di Ulik. Persalinan yang seolah diulit bayu senja. Sulaman rona emas meliuk di sepanjang helaian, anggun tanpa trying too hard.

Potongan kebarung labuhnya memeluk tubuh dengan penuh sopan dengan kelubung keringkam di hujung.

Tips untuk gaya ini? Biarkan rambut disanggul rendah atau dilitupi kelubung penuh, kemudian tambahkan pending emas kecil di pinggang sebagai simbol tradisi. Untuk pengantin yang mahu rasa megah tetapi tetapi kelihatan effortless, inilah pilihan sempurna.

Jangan lupa Kejora, rekaan yang seolah-olah berbisik kepada semua pengantin agar berani keluar daripada kebiasaan.

Mungkin kadangkala putih terlalu mainstream dan inginkan kelainan dengan rona hitam.

Helaian tradisi ini menyulam bicara halus sang kekasih, dengan sulaman renda beralun di hujung baju dan kelubung, tiap jahitan bagaikan bisikan lembut warisan yang tidak lekang dek zaman.

Disempurnakan pula dengan kelubung polos yang mengalir anggun di bahu, ia mengangkat seri klasik dalam keindahan sederhana, namun tetap memukau.

Potongan baju kurung Kedah manis tetapi penuh karakter dipadankan dengan kain lipat batik dan sulam kerawang halus.

Kejora tidak memerlukan perhiasan berlebihan, cukup dengan subang chandelier perak atau cincin besar sebagai statement. Biarkan rona hitam itu sendiri bercerita.

Kadang-kadang kita fikir ratu sehari hanya wujud di atas pelamin, tetapi sebenarnya, ia hidup dalam diri, sepanjang hayat.

Koleksi Seru ini bukan sekadar busana, tetapi manifestasi yang ratu tidak hanya bergantung kepada mahkota emas atau istana besar.

Ia hadir dalam persalinan yang dijahit dengan kasih, dalam langkah pertama yang diiringi doa, dalam keberanian hati memilih cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×