Muhammad Siddiq al-Minsyawi dilahirkan pada 20 Januari 1920 di daerah Suhaj, Mesir. Beliau menghafaz al-Quran di awal usianya dan sempurna hafazan ketika berusia 8 tahun. Keluarganya terkenal sebagai keluarga al-Quran yang mewarisi bacaan dengan suara yang merdu. Ayahnya ialah Siddiq Minshawi manakala datuknya, Taib Minshawi dan datuk sebelah ayahnya adalah qurra yang tersohor di zaman mereka. Ramai dalam kalangan keluarga Minshawi menghafaz al-Quran dan mempunyai bacaan yang baik. Dua saudaranya…