BUNGA pakma atau nama saintifiknya, rafflesia banyak tumbuh meliar di hutan Sungai Rengat, Ulu Cheka dekat sini menarik perhatian ramai pengunjung dari Lembah Klang, seluruh Semenanjung dan negara jiran, Singapura. Bunga pakma dikatakan yang terbesar di dunia cuma terdapat di empat lokasi di Pahang iaitu Taman Eko Rimba di Raub, Jerantut, Lipis dan Pulau Tioman, manakala ada juga ditemui di negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perak dikenali sebagai spesies…