PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan untuk bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN).
Antara nama-nama besar yang diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding pada pilihan raya kali ini adalah Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang ditempatkan di DUN Sugut.
Turut dinamakan adalah Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang diletakkan untuk merampas kerusi DUN Karambunai manakala Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nabila Norsahar di DUN Darau.
Berucap ketika mengumumkan senarai penuh calon, Muhyiddin berkata,30 peratus daripada calon dikemukakan PN adalah golongan muda.
Katanya, 90 peratus daripada mereka juga merupakan muka baharu dalam arena politik tanah air khususnya di Sabah.
“(Pemilihan calon) ini satu masalah besar bagi saya dan rakan-rakan, pening hendak fikir kerana calon hebat terlalu banyak di Sabah ini.
“Calon kita tampilkan 90 peratus muka baharu, lima calon wanita dan hampir 30 peratus adalah orang muda saja. Kita berdoa mudah-mudahan mereka terpilih sebagai wakil rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata, PN meletakkan harapan untuk Sabah berubah lebih daripada biasa dengan memilih gabungan itu sebagai kerajaan negeri baharu.
“Masih banyak perkara perlu dilakukan untuk menentukan bahawa Sabah menjadi salah sebuah negeri termaju di negara ini. Kita tidak mahu menjadi ‘the second best’ (kedua yang terbaik),” katanya.
Pada PRN Sabah kali ini, lima calon Pas iaitu Ahmad Dullah di Dun Tanjung Batu; Kasman Karate (Dun Kunak); Aliakbar (Dun Karambunai); Dr. Munzier Mahamud (Dun Balung) dan Hasan Haris (Merotai) akan bertanding menggunakan lambang PN.
Berikut senarai penuh calon PN:
1. N.01 Banggi – Rahimah Binti Majid
2. N. 02 Bengkoka – Berusli Bin Kimin
3. N.04 Tanjong Kapor – Muhammad Affan Bin Jumahat
4. N.08 Pintasan – Awang Salleh Bin Makmud
5. N.12 Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Aminah Binti Ele
6. N.13 Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Bin Osman
7. N.16 Karambunai – Datuk Dr. Aliakbar Bin Gulasan
8. N.17 Darau – Nabila Binti Norsahar
9. N.21 Luyang – Ooi Hong Wee
10. N.22 Tanjong Aru – Suhaimi Bn Buang
11. N.24 Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny
12. N.26 Moyog – Francis Mojikon
13. N.27 Limbahau – Adrian Alexander
14. N.29 Pantai Manis – Faizal Bin Julaili
15. N.30 Bongawan – Ridzuan Bin Agus Payong
16. N.32 Klias – Mohammad Hisyam Bin Hazaril
17. N.36 Kundasang – Dr Atong Bin Antong
18. N.41 Liawan – Johny @ John Bin Anthony
19. N.46 Nabawan – Sayau Bin Tangkap
20. N.47 Telupid – Jamin Bin Jamri
21. N.48 Sugut – Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
22. N.49 Labuk – Asmad Bin Nasir
23. N.50 Gum-Gum – Yunus Bin Nurdin
24. N.51 Sungai Manila – Yusri Bin Abu
25. N.52 Sungai Sibuga – Norani Binti Asmatil
26. N.53 Sekong – Mohd Fazriee Bin Awang
27. – N.55 Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Bin Abdullah
28. N.56 Tanjong Papat – Koa Wei Yang
29. N.58 Lamag – Mazlin Bin Madali
30. N.59 Sukau – Pengiran Petra Bin Pengiran Asri
31. N.62 Silam – Borkes @ Balkis Binti Kalinggalan
32. N.63 Kunak – Kasman Bin Karate
33. N.64 Sulabayan – Abdul Malik Bin Haji Abd Bool
34. N.66 Bugaya – Jamil Bin Abdul Gapar
35. N.67 Balung – Dr. Munzier Bin Mahamud
36. N.68 Apas – Lim Ting Khai
37. N.70 Kukusan – Francis Bin Lawrence @ Yusop
38. N.71 Tanjung Batu – Ahmad Bin Dullah
39. N.72 Merotai – Hasan Bin Haris
40. N.73 Sebatik – Suhurani Bin Hj Sammani
41. N.35 Sindumin










