Bagaikan sebuah kanvas seni gergasi yang terbentang di tengah lautan, fenomena geologi alam ini terbentuk secara semula jadi sejak puluhan juta tahun lalu. Itu keunikan formasi batu sawar di Pulau Rusukan Besar, Labuan yang mampu memukau pandangan sesiapa sahaja, bahkan mengundang kekaguman terhadap kehebatan ciptaan Allah. Fenomena geologi itu hanya dapat dilihat ketika air surut apabila ia mendedahkan permukaan batu rata seperti lantai jubin semula jadi yang sempurna susunannya. Lokasi…