Kasut larian berteknologi, versatil

Kasut larian berteknologi, versatil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASUT larian yang dicipta dengan teknologi sudah pasti memberikan kepuasan kepada si pemakai terutama dalam aspek prestasi.

Apatah lagi jika kasut berkenaan juga mempunyai ciri tambahan seperti reka bentuk dan warna menarik. Setiap langkah pastinya lancar.

Terbaharu, jenama sukan antarabangsa, Skechers tampil dengan model Aero Burst yang dilengkapi kusyen Hyper Burst Ice setebal 42 milimeter (mm) untuk memberi keselesaan tanpa mengira individu tersebut pelari santai atau elit

Selain kusyen yang lebih lembut, kasut ini juga direka dengan kestabilan tinggi dan mampu menyerap hentakan.

Malah, tapaknya diperbuat daripada getah Goodyear untuk memberikan cengkaman yang mantap di pelbagai permukaan

Kusyen Aero Burst dilengkapi formulasi yang menjanjikan keselesaan maksimum walaupun ketika digunakan dalam jarak jauh.

Paling penting, ia juga menampilkan reka bentuk moden dan warna menarik, menjadikan ia bukan sahaja praktikal untuk aktiviti sukan, malah bergaya untuk kegunaan harian.

Aero Burst merupakan pilihan tepat bagi mereka yang mencari kasut larian untuk memenuhi semua aspek dari prestasi hingga gaya hidup.

Terdapat dua warna berbeza masing-masing untuk lelaki dan perempuan, dengan harga RM759.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN