Jalani rawatan kanser di Pulau Pinang, suami Sheila Dara semakin stabil - Utusan Malaysia

Jalani rawatan kanser di Pulau Pinang, suami Sheila Dara semakin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Sheila Dara Aisha berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan suaminya yang kini masih menjalani rawatan kemoterapi.

Menurut Sheila, meskipun proses rawatan belum selesai sepenuhnya, keadaan fizikal suaminya berada dalam keadaan baik dan stabil.

Sheila turut mendedahkan dia kerap berulang-alik ke Pulau Pinang untuk menemani suaminya sepanjang tempoh rawatan.

Malah, dia cuba untuk menikmati setiap momen dengan mencuba pelbagai makanan tempatan sehingga tidak berasa tertekan.

“Saya anggap ini masa untuk lebih dekat dengan dia, jadi saya cuba menikmati setiap momen.

“Di Penang pun kami banyak mencuba makanan yang sedap, jadi saya sangat menikmatinya.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Kami masih menunggu penyelesaiannya, tapi secara fizikal dia masih kuat,” katanya dalam temu bual Detik bersama Sore baru-baru ini.

Sheila turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak sepanjang tempoh mencabar ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN