Sebut sahaja Ivy League, pasti terbayang gaya kemas, klasik dan intelektual dengan blazer, kemeja, seluar chino dan loafers.
Dahulu, ia sinonim dengan pelajar universiti elit di Amerika Syarikat (AS), yang menampilkan imej sofistikated tanpa keterlaluan.
Namun, di era moden, gaya Ivy tidak lagi terikat pada peraturan lama, sebaliknya diolah agar lebih segar, fleksibel dan sesuai dengan kehidupan harian yang aktif.
Interpretasi moden itu menjadi pilihan jenama Uniqlo dalam koleksi musim luruh/sejuk 2025.
Koleksi kali ini mempersembahkan semula rekaan warisan melalui lapisan pakaian yang bijak, bertekstur, percikan warna dan siluet berkembang.
Ia menekankan fabrik yang hangat tetapi ringan, sekali gus memudahkan pemakaian ketika perjalanan percutian.
Tujuannya agar si pemakai mudah beralih dari pagi sejuk ke malam yang nyaman.
Fikirkan lapisan klasik, potongan preppy dan semangat muda, semuanya diperbaharui dengan garisan bersih dan proporsi terkini.
Lapisan pintar diwujudkan melalui pakaian asas preppy, bulu merino, sweater vest dan denim yang dijahit rapi.
Korduroi yang diperhalusi menambah tekstur dan kehangatan, disesuaikan dengan proporsi kontemporari.
Koleksi musim luruh/sejuk ini turut merangkumi Upstate Weekend, knit mewah dan jaket pufftech.










