MINAT terhadap watak Spiderman mendorong seorang pemuda menghasilkan 13,000 lukisan adiwira itu. Zainal Danial Zainal Zamri, 31, mula terjebak dengan lukisan itu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kira-kira 12 tahun lalu. Dia tertarik dengan karakter itu yang disifatkan mirip pengalamannya di zaman persekolahan. Ketika rakan sebayanya leka bermain bola dan bersukan, dia pula lebih gemar melukis di sudut belakang kelas. “Di sekolah, saya tidak ramai kawan kerana mereka anggap…