Kerjaya dalam bidang perhotelan sering dianggap mencabar, terutama apabila terpaksa bermula dari bawah. Namun, di sebalik kepayahan itu, ia tetap menjanjikan masa depan cerah jika ditempuh dengan ketekunan dan kesabaran. Hakikat itu dibuktikan oleh Muhammad Syazwan Ibrahim, 36, yang memulakan langkah pertamanya dalam industri hanya sebagai pekerja sambilan di bahagian bankuet. Jerih-perihnya selama lebih 18 tahun berbaloi apabila kini bergelar pengurus kaunter hadapan di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson.…