Menurut kisah dahulu kala, buah kepayang pernah dimakan oleh Sang Kelembai sehingga memabukkan dan makhluk berkenaan kemudiannya berang lalu menyumpah binatang dan pokok berdekatannya menjadi batu. Malah, buah berkenaan juga menjadi kiasan ‘Sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang’ yang popular bagi orang yang mabuk bercinta. Namun, berapa ramai yang mengenali buah kepayang? Bagi penduduk di Kampung Relong, Lipis, buah kepayang (Pangium edule) atau buah keluak tidak asing bagi mereka,…