JIKA suatu ketika dahulu memiliki televisyen pintar (Smart TV) bersaiz besar memerlukan anda melaburkan sejumlah wang yang besar, kini tidak lagi. Sudah terlalu banyak televisyen pintar berada di pasaran ketika ini termasuk fungsi Android TV dan Google TV dengan teknologi tersendiri yang secara tidak langsung mewujudkan pasaran kompetitif. Antara televisyen pintar bersaiz besar iaitu 55 inci yang mampu milik adalah PRISM+ Q55-QE. Walaupun sudah berada di pasaran sejak beberapa tahun…