Lelaki ini tidak pernah merasa janggal berbusana lengkap Baju Melayu tradisional dan bersongkok setiap kali melangkah ke majlis untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pak Andam. Gayanya yang kemas itu seringkali mencuri tumpuan hadirin. Bagi Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, busana kebangsaan yang terletak kemas di tubuhnya bukan sekadar pakaian semata-mata. Ia menjadi simbol warisan, lambang jati diri, malah penegasan tentang nilai seorang lelaki sejati. Sejak mula menceburkan diri dalam dunia…