Nafas segar fesyen jalanan

Nafas segar fesyen jalanan

SKECHERS tampil dengan fesyen jalanan yang praktikal dan penuh gaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SENTUHAN pereka muda Masyadi Mansoor sinonim dengan siluet berlapis dan rekaan avant-garde

Elemen-elemen itu turut dibawanya menerusi kerjasama eksklusif dengan Skechers di pentas KLFW 2025 baru-baru ini.

Ia sekali gus menyuntik nafas segar dan berani dalam dunia fesyen jalanan.

Paling penting, ia masih menonjolkan fungsi praktikal dan keselesaan yang menjadi teras jenama kasut terkenal itu dalam setiap rekaan.

“Saya ambil masa tiga bulan untuk menyiapkan lapan gaya dalam koleksi Skechers X MSYD ini.

“DNA saya masih dikekalkan menerusi siluet bahu berstruktur cuma ia tidak terlalu ‘garang’ seperti yang biasa dilihat dalam rekaan lain.

“Fokus utama dalam koleksi ini adalah pada keselesaan kerana ia merupakan identiti kami,” katanya.

Masyadi berkata, koleksi Skechers X MSYD menampilkan baju T, kemeja dan beg silang.

Setiap satunya adalah eksklusif dan hanya memiliki sebanyak 40 unit.

Harganya bermula dari RM219 dan boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih iaitu di Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN