Minimalis suntik aura mewah

Minimalis suntik aura mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak lengkap rasanya sebuah percutian ke luar negara tanpa menggayakan helaian baharu.

Namun, adakalanya, pakaian tersebut hanya dipakai sekali sahaja sebelum disimpan di dalam almari.

Koleksi terbaharu Amber Eksklusif Casual Wear hadir sebagai penyelamat dengan rekaan versatil yang boleh digayakan semula mengikut suasana dan cuaca berbeza.

Lebih menarik, ia cukup fleksibel untuk disarung ke pejabat, acara formal mahupun ketika bersantai.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn. Bhd., Datuk Adzliana Hasan berkata, sebanyak tujuh helaian indah ditampilkan dalam koleksi Somewhere Somehow Someone itu.

Ia terdiri daripada sweater scuba berzip, skirt scuba A-line, kemeja polo lengan pendek, jaket pendek, kardigan knit, skirt pleated dan kot trench.

Setiap helaian menggabungkan sentuhan minimalis dan moden kontemporari sekali gus menyuntik aura mewah buat si pemakai.

“Koleksi ini merupakan terjemahan kepada gaya mewah, namun boleh dimiliki pada harga berpatutan iaitu antara RM100 ke RM200.

“Fabrik yang digunakan adalah premium iaitu cotton dan satin, sekali gus selesa dan sesuai dengan cuaca Malaysia,” katanya ketika pelancaran baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dilantik sebagai duta rasmi koleksi tersebut.

Menurut Adzliana, pemilihan kedua-duanya adalah tepat seiring dengan DNA Amber.

“Mereka adalah cerminan sempurna DNA Amber iaitu penuh gaya, berkarisma dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×