Fenomena baju kurung ‘awam’

Fenomena baju kurung ‘awam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa sangka baju kurung ‘awam’ Calanthe yang ringkas boleh membuatkan si pemakai tampak menawan.

Dengan sentuhan unik, misalnya digayakan dengan selendang pada bahu atau bersama tumit tinggi dan barangan kemas, seseorang mampu tampil anggun tanpa perlu berlebihan.

Malah, busana bercorak bunga itu juga boleh dipakai berasingan sama ada dengan seluar, skirt atau blaus dan kemeja untuk membangkitkan aura kasual.

Sambutan luar biasa terhadap koleksi itu sekali gus mendorong jenama pakaian sopan, Bayu Somerset, mengeluarkan kembali Calanthe dalam versi warna merah jambu.

Pengurus Pemasaran Digitalnya, Puteri Dayana Kamalul Arifin berkata, sebelum ini, ia diperkenalkan dalam rona hijau sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.

Katanya, Calanthe merupakan antara koleksi terlaris mereka dan sentiasa mendapat permintaan tinggi hingga kini.

“Berdasarkan maklum balas positif itu, kami memutuskan untuk memperkenalkan pilihan warna baharu bagi memastikan koleksi ini terus dekat di hati pelanggan.

“Sebenarnya, kami pun tidak sangka Calanthe mampu kelihatan begitu menarik dan boleh digayakan dengan pelbagai cara berbeza,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Puteri Dayana, perkembangan itu turut membuktikan yang baju kurung masih relevan untuk digayakan sama ada untuk acara formal mahupun santai.

Dalam pada itu, ujarnya, Bayu Somerset merancang membuka lima lagi cawangan baharu di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kedah dan Johor menjelang hujung tahun ini.

Ia menjadikan keseluruhannya 15 outlet di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN