Mirnawan dipilih duta produk kesihatan

Tanggungjawab besar didik gaya hidup sihat – Mirnawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lagenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, 53, menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk gel sapuan sebagai salah satu tanggungjawab besar bagi mendidik rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, masyarakat memerlukan satu ikon yang boleh dijadikan contoh untuk terus menjalani kehidupan yang lebih sihat dalam rutin harian.

“Saya percaya, walaupun tidak lagi bertanding di peringkat tertinggi, kesihatan perlu dijaga dengan lebih baik. Saya kini lebih memilih sukan yang kurang impak tinggi, tetapi masih mencabar fizikal.

“Ini semua sebagai tanggungjawab sebagai duta atau ikon kerana ia bukan hanya untuk kerja atau nama sahaja tetapi ia mengenai giving back (memberi semula) kepada komuniti,” katanya.

Beliau kini beralih kepada aktiviti yang lebih sesuai dengan usianya seperti pickleball, sukan raket yang semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Dikenali sebagai The Boss hoki Malaysia, Mirnawan pernah mengetuai Pasukan Hoki Kebangsaan dalam tiga edisi Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra berkata, pemilihan Mirnawan sebagai duta adalah berdasarkan semangat juang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa yang ditunjukkannya.

“Beliau bukan sahaja seorang tokoh yang dikenali, tetapi juga simbol kepercayaan, daya tahan dan kesungguhan nilai-nilai yang sejajar dengan identiti produk kami.

“Setakat ini, permintaan dari Brunei, Singapura, Dubai dan negara-negara Timur Tengah semakin meningkat, dan kami yakin kehadiran beliau akan melonjakkan lagi penerimaan di luar negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN