Kanser prostat semakin mendapat perhatian dalam kalangan lelaki Malaysia. Berdasarkan data semasa, kanser prostat kini adalah kanser ketiga paling biasa menyerang lelaki di negara ini, selepas kanser kolorektal dan kanser paru-paru. Kes ini selari dengan fenomena populasi yang semakin menua, secara langsung meningkatkan risiko terhadap penyakit ini. Kadar kejadian kanser prostat menunjukkan peningkatan ketara mengikut kumpulan umur. Bagi lelaki berumur antara 60 hingga 64 tahun, kadar adalah 31.3 bagi setiap…