Penyusuan susu ibu merupakan satu anugerah semula jadi yang mengandungi hikmah besar daripada aspek biologi, kesihatan, sosial dan keagamaan. Lebih menarik, emosi si ibu juga mempengaruhi komposisi kandungan dan kesan susu ibu. Ibu yang mengalami tekanan menghasilkan susu yang mengandungi hormon kortisol dalam kadar tinggi, yang terbukti boleh menjejaskan perkembangan emosi anak. Sebaliknya, emosi ibu yang stabil dan positif menghasilkan susu yang menyumbang kepada pembinaan personaliti anak yang yakin, berani…










