Menelusuri al-Aqsa dengan ensiklopedia bergambar

Menelusuri al-Aqsa dengan ensiklopedia bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja Masjid al-Aqsa, pasti terbayang konflik dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin.

Namun, sejauh manakah kita benar-benar mengenali sejarah dan keistimewaan masjid suci ini?

Bagi yang mahu mendalaminya, buku Ensiklopedia Masjid al-Aqsa karya Alif Fitri menyediakan maklumat menyeluruh dengan gaya penulisan segar, padat dan penuh nilai ibrah.

Ia bukan hanya menyampaikan sejarah, tetapi cuba menanam kefahaman dan kesedaran yang pembebasan fizikal Al-Aqsa harus dimulakan dengan pembebasan minda serta jiwa umat Islam.

Buku ini disusun dalam lima bahagian utama dengan yang pertama mengenai Masjid al-Aqsa dan kedudukannya dalam Islam.

Bahagian kedua pula membawa pembaca menyusuri kompleks masjid manakala ketiga, mengupas peranan kota al-Quds sebagai pelindung dan keempat, membincangkan tentang pembentukan negara haram Israel serta dinamika politik yang melingkari wilayah itu.

Bahagian terakhir ialah ulasan peranan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis pada akhir zaman sekali gus membuka mata dan hati tentang kaitan akhir zaman dengan tanah suci ini.

Menariknya, ia merupakan ensiklopedia bergambar pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis.

Kelebihan buku ini terletak pada penyampaiannya yang holistik dengan menggabungkan peta-peta berwarna, pelan lantai kota al-Quds, ilustrasi menarik dan glosari istilah yang memudahkan pemahaman pembaca daripada pelbagai latar belakang.

Selain fakta sejarah, buku ini juga mengajak pembaca merenung, menginsafi dan memahami tanggungjawab sebagai umat Islam terhadap tanah suci ini.

Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi juga akidah dan warisan Islam.

Itulah mesej yang cuba dibawa penulis iaitu perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa harus bermula dari dalam diri menerusi ilmu, kesedaran dan keprihatinan yang tulus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN