Darah muda sering dikaitkan dengan keberanian, tenaga dan impian yang tinggi. Namun, tidak semua sanggup korbankan masa dan keselesaan untuk menjadikan impian satu kenyataan. Muhammad Iftikhar Firas Fariq, 13, atau lebih mesra disapa sebagai Firas tampil membuktikan impian yang dibina dengan usaha dan sokongan yang kukuh, mampu membawa seseorang meluncur lebih jauh. Setiap pagi, ketika rakan sebaya mungkin masih dibuai mimpi, Firas sudah pun beraksi lincah di atas gelanggang latihan…