Emas inspirasi keris 

Emas inspirasi keris 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBIASAANNYA jongkong emas yang dijual di pasaran berbentuk segi empat, namun kali ini ia dihasilkan dalam bentuk yang unik iaitu keris.

Ilham itu dicetuskan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Shahfizzam Moideen menerusi edisi eksklusif, Pusaka Bangsa keluaran jenamanya.

Rekaannya diperbuat daripada emas tulen 999.9, sekali gus menjadikannya sebagai lambang warisan yang harus dipelihara dan simpanan yang diyakini nilainya.

“Keris bukan sekadar senjata tetapi simbol warisan, kebudayaan dan jati diri orang Melayu sejak berabad-abad lamanya.

“Tujuan saya menggabungkan seni warisan ini dengan emas adalah bagi menarik minat generasi muda dalam simpanan emas. 

“Dengan rekaan ini, kami bukan sahaja memartabatkan identiti budaya, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk menyimpan emas dengan pelbagai rekaan menarik” katanya ketika majlis pelancaran dan pelantikan semula Alif Satar sebagai duta rasmi GB Gold baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Shahfizzam, pelaburan emas di negara ini kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam pembelian emas jongkong dan dinar dengan bentuk-bentuk menarik.

Beliau turut menyasarkan jualan sebanyak 30,000 unit bagi dinar (1 dinar) dan jongkong emas (1 gram) bagi edisi Pusaka Bangsa itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN