Terokai keunikan warisan Melaka di sebalik lensa

Terokai keunikan warisan Melaka di sebalik lensa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 50 penggiat seni fotografi dari dalam dan luar Melaka menyertai program Eksplorasi Foto Warisan anjuran Kelab Fotografi Melaka dengan kerjasama Canon Malaysia dan Bahagian Promosi Pelancongan Negeri, baru-baru ini.

Program selama sehari itu bertujuan memperkasa ilmu fotografi serta mengetengahkan keunikan seni budaya dan warisan negeri Melaka sebagai tarikan pelancongan.

Bertempat di dua lokasi ikonik iaitu di Jonker Walk dan Pantai Klebang, program ini menawarkan pembelajaran intensif bersama Canon EOS Mentor, Nazri Bakar.

Seramai 50 penggiat seni fotografi dari dalam dan luar Melaka menyertai program Eksplorasi Foto Warisan anjuran Kelab Fotografi Melaka dengan kerjasama Canon Malaysia dan Bahagian Promosi Pelancongan Negeri, baru-baru ini.

Peserta diberi pendedahan tentang teknik penetapan kamera untuk cahaya semula jadi dan buatan, penggunaan lampu bantuan, perancangan penciptaan momen serta pemilihan subjek dan penceritaan visual.

Antara kerjasama yang mengukuhkan kejayaan program ini termasuk Butik Kebaya Nyonya Melaka yang menyediakan lokasi, pakaian tradisional dan model untuk sesi fotografi pagi, serta Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Melaka yang mempamerkan demonstrasi silat melibatkan pesilat dewasa serta kanak-kanak di sebelah petang.

Wakil penganjur merangkap Setiausaha Kelab Fotografi Melaka, Kamarulzaman Ahmad berkata, program ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ilmu teknikal peserta, malah berjaya merapatkan hubungan komuniti fotografi pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Kita bukan sekadar belajar tentang fotografi, tetapi juga menyemai rasa cinta kepada seni dan warisan budaya tempatan,” ujarnya.

Program ini memberi impak besar kepada pembangunan kemahiran peserta dalam bidang fotografi warisan, selain membuka ruang jaringan antara komuniti fotografi, agensi pelancongan dan pihak penaja.

Peserta bukan sahaja memperoleh ilmu teknikal yang tersusun dan terkini daripada tenaga pengajar profesional, malah turut didedahkan kepada pengalaman merakam budaya tempatan dalam suasana sebenar.

Inisiatif ini membuktikan yang fotografi mampu menjadi medium berkesan dalam mempromosikan pelancongan, memelihara warisan dan mengukuhkan jati diri masyarakat setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN