Norsyaidah Nafisah juara Model KWC

Norsyaidah Nafisah juara Model KWC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tewas dalam percubaan pertamanya tahun lalu tidak mematahkan semangat eksekutif sumber manusia ini untuk terus mengejar impian dalam dunia peragaan.

Tuah berpihak kepada Norsyaidah Nafisah Romli, 28, apabila dinobatkan sebagai Juara Pencarian Model KWC 2025, sekali gus mengetepikan lima finalis lain.

Kejayaannya itu hasil usaha gigih dan komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang program berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun gagal di peringkat uji bakat tetapi saya tidak patah semangat dan cuba lagi nasib tahun ini.

“Pengalaman lalu secara tidak langsung menyuntik motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap tugasan diberikan,” katanya baru-baru ini.

Norsyaidah Nafisah membawa pulang wang RM3,000 beserta hadiah tajaan manakala naib juara, Nik Noor Nabihah Mohd. Aris (RM1,500) dan ketiga, Fara Qyistina Balqis Musa (RM1,000).

Lepasan ijazah pentadbiran perniagaan Universiti Malaya ini juga berharap dapat mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang peragaan.

Sementara itu, Pengurus Pengiklanan & Promosi KWC Fashion Wholesale, Wendy Lam berkata, KWC Model Search yang kini memasuki musim keenam menjadi platform kepada wanita untuk menyerlahkan potensi diri dan membina keyakinan bagi melangkah ke dunia fesyen serta hiburan.

Katanya, pertandingan ini bukan sekadar mencari wajah menawan, bahkan memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran, membina personaliti dan menambah pengalaman.

“Kami amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan para peserta sepanjang pertandingan ini. Mereka banyak belajar dan berkembang, kami yakin mereka boleh pergi lebih jauh selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini